Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz ,,Saya ada pertanyaan ,,apa hukum ada terkeluar ayat ini dalam chat whatsapp 'Pergi Cari lelaki Lain ,Lebih baik dari saya ,Saya Tak baik sangat ' Saya cakap macam tu sebab terikut ayat isteri cakap dekat saya ,,'Pergi Cari perempuan Lain ,Yang lagi layak untuk awak'. Seingat saya ,saya tak pernah terlintas niat apa-ii sepanjang Perkahwinan ,,itu pun saya cakap sebab tidak tahu lafaz kinayah ,,saya Yakin tak ada niat tapi saya ini ada penyakit was was berlebihan ,,dan terlalu memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan ,,ini buat saya merasa tidak sedap hati ,dan merasa betul ke tak jatuh ,,,mohon beri pencerahan dan pandangan Ustaz ,,Terima Kasih,,minta maaf banyak kali tanya soalan sama ,,saya tambah chat di whatsapp
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, ayat ditaip dalam aplikasi Whatsapp iaitu: "Pergi Cari lelaki Lain ,Lebih baik dari saya ,Saya Tak baik sangat" boleh dikategorikan sebagai lafaz kinayah kerana boleh membawa maksud cerai atau menyerupai cerai, ia bergantung kepada niat suami semasa menaipnya. Jika ada niat cerai maka boleh menyebabkan jatuh talak. Jika tiada niat cerai, maka talak tidak berlaku.
Walau bagaimanapun, suami hendaklah mengemukakan perkara ini terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan oleh pihak yang berautoriti mengendalikannya bagi mengetahui status perkahwinan masing-masing.
Sekian, terima kasih.