BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Soalan saya adalah berkenaan lafas Taklik

Beberapa tahun yang lepas, saya telah membuat satu kesalahan yang telah isteri saya ketahui. Pada masa itu saya telah mengatakan kepada isteri saya yang berbunyi seperti berikut.

"Saya minta maaf. Saya berjanji, kalau saya buat lagi benda ni, saya akan tinggalkan awak."

Dalam sebutan saya tersebut, saya langsung tidak menyebutkan cerai atau talak.

Namun, beberapa minggu yang lepas, saya telah melakukan kesalahan itu sekali lagi.

Jadi saya perlukan kepastian, adakah apa yang saya sebutkan, seperti diatas tadi, dikira sebagai taklik?

Adakah saya dan isteri saya telah terjatuh talak?

Apakah tindakan seterusnya yang perlu saya ambil? Apakah proses seterusnya yang perlu saya lakukan?

Saya perlukan kepastian tentang perkara ini dan apa yang saya perlu lakukan seterusnya.

Saya berharap pihak tuan/puan dapat memberikan saya jalan penyelesaian yang terbaik.

Kerjasama dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, kata-kata yang diucapkan kepada isteri berbunyi: "Saya minta maaf. Saya berjanji, kalau saya buat lagi benda ni, saya akan tinggalkan awak." ia adalah ayat yang menyerupai talak dan membawa makna talak. Maksudnya, dalam pada suami berjanji, suami juga melafazkan taklik secara kinayah. Jika suami berniat cerai semasa melafazkan ayat tersebut, maka boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Sekiranya suami tidak berniat cerai, maka talak tidak jatuh.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image