BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Perbelanjaan bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian adalah salah satu pelepasan cukai yang dibenarkan. Namun, untuk saya, perbelanjaan tersebut ditanggung oleh majikan/takaful dengan cara pay-and-claim.

Soalan saya, apakah hukum dari sisi syarak jika saya menuntut pelepasan cukai bagi rawatan pergigian tersebut walaupun saya sudah claim dengan majikan/takaful?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

 Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil.

Sekiranya perbuatan puan ini dibenarkan secara peraturan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan majikan/takaful maka perbuatan ini harus dan dibenarkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image