Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/ Puan.
Saya bergaduh dengan suami saya pada malam hari, & suami ada mengatakan, jika ''aku ceraikan kau talak 3 jika kau keluar rumah tanpa izin' . Jadi jika saya keluar rumah keesokkan harinya untuk pergi bekerja atas izinya, sah atau tidak cerai tu
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan lafaz taklik yang diucap oleh suami iaitu : “aku ceraikan kau talak 3 jika kau keluar rumah tanpa izin“, ia adalah lafaz taklik yang bersyarat, di mana perlu meminta izin setiap kali keluar rumah, dan ianya tidak ditentukan atau disyaratkan masa, hari, atau tarikh tertentu. Jika berlakunya perkara yang ditaklikkan, maka dikhuwatiri akan jatuh talak tersebut. Sebaiknya berkaitan dengan lafaz taklik ini terus berhubung dengan pihak Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran bagi pengesahan lafaz dan penentuan status perkahwinan suami isteri tersebut.
Sekian terima kasih.