BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Suami telah bertaklik & melanggar taklik . Telah jatuh satu talak antara kami. Kami telah rujuk semula dalam tempoh iddah. Adakah taklik tersebut masih aktif atau dikira batal.


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Secara umum cerai atau talak ta'liq bermaksud mengaitkan jatuh talak dengan berlakunya sesuatu perkara. Apabila perkara tersebut berlaku, maka jatuhlah talak. Seperti ucapan suami: "Jika saya curang semula akan gugur talak satu". Kesannya adalah apabila suami melakukan kecurangan kepada isterinya, maka boleh menyebabkan jatuhnya talak.

Berbalik kepada persoalan yang diajukan, oleh kerana talak secara ta'liq tersebut telah jatuh secara sah maka ta'liq tersebut sudah tidak terikat dan tidak relevan meskipun suami melaksanakan rujuk ketika dalam tempoh iddah. Hal ini kerana ta'liq menjadi terbatal serta merta apabila berlaku pelanggaran ke atasnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image