BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam,

Saya ingin bertanya, jikalau saya ada buat perjanjian di 5 tahun yang lepas untuk tidak melakukan lagi perkara yang dijanjikan, saya mengatakan saya akan melepaskan isteri saya. Tapi semalam saya ada melakukan perkara tersebut tanpa disengajakan dan tanpa niat. Adakah itu dikira sebagai jatuh talak ya?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, suami berkata: "saya akan melepaskan isteri saya" adalah dikategorikan sebagai lafaz talak secara kinayah. Ia memerlukan niat suami semasa melafazkannya. Ini kerana ayat tersebut membawa makna atau menyerupai talak. Sekiranya suami berniat cerai, maka boleh menyebabkan jatuh talak. Sekiranya suami tidak berniat cerai, maka talak tidak jatuh.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, suami boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal berkenaan perkara tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image