Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assamualaikum. Saya ada pertanyaan mengenai claim. Saya ada buat dua kerja iaitu kerja hakiki makan gaji dan kereta sewa. Kerja hakiki saya ini perlu untuk travel. Apabila saya perlu travel, saya menyewa kereta sewa dengan syarikat kereta sewa sendiri. Saya buat bayaran dan masuk akaun syarikat saya. Kemudian saya claim bayaran kereta sewa tersebut dengan company saya kerja sekarang. Secara logiknya saya dapat duit lebihan tetapi telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat saya. Halal kah macam itu ustaz?
Jawapan
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil.
Dalam etika kerja, konflik kepentingan (conflict of interest) berlaku apabila seseorang menggunakan kedudukan atau kuasa untuk mendapat manfaat peribadi. Dalam kes ini, syarikat tempat anda bekerja memberikan bayaran untuk sewa kereta dengan tanggapan bahawa ia adalah urus niaga biasa, tetapi hakikatnya kereta itu disewa daripada syarikat kau sendiri.
Secara umumnya urusniaga tersebut adalah harus sekiranya:
Namun dari aspek perundangan apa yang berlaku boleh menjurus kepada kesalahan kewangan yang besar seperti tuntutan palsu (false claim) dan kesalahan menggunakan pengaruh atau kedudukan untuk kepentingan peribadi. Asas kepada konsep tuntutan (claim) adalah menuntut semula bayaran yang telah didahulukan (pay and claim). Dalam situasi ini, anda memperoleh keuntungan peribadi daripada urusan tugasan rasmi, yang boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa serta konflik kepentingan.
Ikutilah tatacara yang lebih memberikan kebaikan pada diri dan juga majikan. Adalah tidak wajar bagi pekerja mengambil untung dari majikan dengan cara sebegini. Melainkan dasar syarikat membenarkannya.
Sekian, terima kasih.