Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum ustaz..saya ingin bertanya sesuatu kepada ustaz mohon ustaz dapat berikan jawapan kepada saya..saya dan suami ada menyewa sedikit tanah dari adik suami saya dan kami telah pun bayar wang kepada beliau..pada awalnya adik suami memang izinkan kami berniaga di atas tanah nya tanpa minta apa apa bayaran tapi suami bagi 1k kepada beliau...tapi bila ibu mentua saya dapat tahu,ibu mentua saya mengamok,maki hamun suami saya dan berkata MU JANGAN SAMPAI AKU XHALALKAN SEMUANYA YANG AKU BAGI PADAMU DAN AKU DOAKAN MU HIDUP SUSAH,adakah doa itu akan Allah swt makbulkn ye ustaz..suami ada menitiskan airmata bila dengar ayat itu..ibu mentua saya inginkan duit itu dan duit sewa bulan²...padahal tanah itu atas nama adik suami dan adik suami dan beliau memang izinkan..ibu mentua pernah pesan kepada saya,saya dan suami kena ikot 100% apa yang die mahukan kalau tidak memang die akan marah..apa yang suami buat semua salah dimata mentua..saya tahu mentua sayangkan family kakak,adik suami kerana mereka selalu bagi wang ..suami ada juga bagi tapi tak banyak sebab hanya kerja biasa² sahaja dan kami ada anak 5 org yang masih kecik dan bsekolah...mentua dan kakak suami selalu cakap gaji suami tak berkat..kakak suami pun dah bertahun taknak bercakap dengan saya dab suami sehingga anak nya kahwin pun kami tidak diundang..saya buntu ustaz,selama 15tahun kami berkahwin,macam² yang kami terpaksa terima walaupun pada hakikatnya saya merasa sakit hati...yang saya risaukan,adakah apa yang mentua doakan itu akan termakbul...suami bimbang ibadatnya tak diterima..mohon ustaz beri pencerahan
Jawapan
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya. (Riwayat al-Bukhari)
Imam al-Syaukani menyebut nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibubapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama’ telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibubapa.
Secara hukumnya adalah sebegaimana yang telah disepakati oleh Ulama iaitu nafkah isteri adalah wajib dan nafkah kepada ibubapa adalah bergantung beberapa sebab, iaitu:
Dalam situasi di atas, dinasihati berdamailah dengan apa yang berlaku. Sekiranya sememangnya suami puan adalah anak yang baik dan soleh tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan kepada ibunya, maka jangan ditakuti doa itu, teruskan berdoa dan sabar atas ujian yang diterima. Teruskanlah berbakti kepada ibunya kerana di situlah syurganya, berilah apa yang semampunya untuk ibunya. Itulah ujian untuk suami dan puan menghadapi situasi sebegini. Semoga Allah SWT memberi hidayah untuk mendamaikan hubungan ini.
Ingatlah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sekian, terima kasih.