BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz,

Saya bercadang untuk membela 'Blue Toungue Skink' iaitu seekor mengkarung. Adakah halal untuk umat islam membela mengkarung atau haram?

Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Imam Abu Syuja' berkata dalam Matan al-Ghayah wa al-Taqrib:

وَنَفَقَة الرَّقِيق والبهائم وَاجِبَة

Maksudnya: Dan bermula nafkah kepada hamba dan bahimah (haiwan ternakan) itu adalah wajib.

Imam al-Khatib al-Syirbini menukilkan bahawa haiwan bahimah ini ialah haiwan yang muhtaram (yang dimuliakan yakni bukan haiwan perosak), tidak terhad kepada haiwan ternakan berkaki empat, seperti mana yang disebut oleh Imam al-Azraie. Menjadi kewajiban bagi pemilik haiwan berkenaan untuk menyediakan keperluan asasinya seperti makanan dan minuman sekadar boleh menghilangkan kelaparan dan kehausan. Beliau berkata:

الْبَهَائِم جمع بَهِيمَة سميت بذلك لِأَنَّهَا لَا تَتَكَلَّم وَهِي كَمَا قَالَه الْأَذْرَعِيّ كل ذَات أَربع من دَوَاب الْبر وَالْبَحْر اه وَفِي مَعْنَاهَا كل حَيَوَان مُحْتَرم فَيجب عَلَيْهِ عَلفهَا وسقيها لحُرْمَة الرّوح

Maksudnya: al-baha’im iaitu bentuk jamak bagi bahimah, dinamakan demikian kerana ia tidak bercakap. Ia merujuk, sebagaimana yang disebut oleh al-Azraie adalah setiap haiwan berkaki empat daripada binatang darat dan laut. Dan dalam makna yang sama, ia merangkumi setiap haiwan yang dihormati, maka wajib memberi makan dan minum kepadanya kerana menghormati roh (kehidupan) yang ada padanya.

Merujuk kepada persoalan tuan, diharuskan membela mengkarung kerana ia bukanlah dari golongan haiwan perosak. Perlu dipastikan haiwan yang dipelihara itu tidak kotor, menganggu atau membahayakan orang lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image