BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Apakah hukumnya seorang isteri memfailkan cerai terhadap suaminya kerana suaminya ingin bernikah lain? Isteri tidak boleh terima dan dalam.keadaan sangat2 tertekan skrg.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, dalam Islam bercerai adalah merupakan pilihan terakhir bagi pasangan suami isteri apabila memang tidak ada lagi jalan keluar lain selain bercerai. Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 227 :

وَإِنْ عَزَمُوا۟ ٱلطَّلَٰقَ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Yang maksudnya : "Dan jika mereka berketetapan hati hendak menceraikan, maka sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Namun, sekiranya pasangan ingin bercerai sudah pasti syara' menetapkan sebab-sebab dan alasan-alasan yang munasabah pada pandangan dan hukum syara'. Tidak boleh sewenang-wenangnya suami atau isteri memohon untuk bercerai atau suami semudahnya menceraikan isterinya. Oleh sebab itulah, dalam feqah hukum bercerai tertakluk kepada sebab dan alasan berlakunya perceraian itu. Adakalanya hukumnya wajib, boleh juga sunat, harus, makruh malah boleh membawa kepada haram bercerai.

Dalam konteks pertanyaan puan, sekiranya puan mempunyai alasan-alasan yang kukuh dan setelah melalui proses perbicaraan mahkamah, dan mahkamah membenarkan permohonan puan, bermakna dari sudut hukum syara' permohonan puan itu adalah dibenarkan oleh syara', namun sebaliknya sekiranya permohonan puan tidak diluluskan oleh mahkamah, maka ia bermaksud permohonan puan itu tidak menepati alasan yang dibenarkan syara'.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 4

message user image