Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya telah meletak taklik pada suami bln lepas pasal dia Ada hubungan sulit dgn seorng perempuan tya dia mengaku Salah dn ada hubungan dia berjanji akn putusan hubgn ITU dn x Akan hubungi lgi kalau dia buat lgi dia Akan ikut syarat2 saya Tu..dn Hari ini betapa sedih nya saya Bila dgr dia Ada hubungan DN wssp dgn perempuan Tu lgi..tpi bila saya tya dia X mengaku ckp wssp dgn org lain... mcmna Tu Akan terjadi Ke taklik saya Tu ..patut kh saya berterus terang apa yg saya dgr dn harus kotakn Janji dia tu..saya dh buntu dgn silap dia X habis permain dn tipu saya ..apa harus saya buat???
Jawapan
Dalam menjawab pertanyaan puan, pertamanya taklik ini sekiranya suami lafazkan atau setuju dengan taklik tersebut dan apabila berlaku pelanggaran terhadap taklik itu maka ia boleh membawa kepada jatuhnya talak. Memandangkan terdapat dakwaan daripada puan bahawa suami puan telah melanggar taklik tersebut dan suami pula menafikan dakwaan itu, maka tindakan yang puan boleh lakukan adalah merujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah. Ini kerana pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apatah lagi bila timbul pertikaian samada taklik itu dilanggar atau sebaliknya.
Sekian, terima kasih.