Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz.
Adakah extended warranty samsung care plus patuh syariah?
Terima kasih
Jawapan
Mengenai pematuhan Syariah atau sebaliknya ia tertakluk kepada maklumat yang agak terbatas.
Sesuatu polisi itu berrkemungkinan berbeza mengikut negara dan interpretasi, sehubungan dengan itu, adalah disarankan untuk menghubungi Samsung Malaysia atau pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan kepastian mengenai status pematuhan Syariah bagi Samsung Care+ di Malaysia.
Namun dalam masa yang sama , ingin dinyatakan bahawa adalah harus menjual barangan bersama dengan waranti servis baik pulih dalam tempoh tertentu atau disebut standard warranty kerana ia termasuk dalam bab al-Wa`d atau bab mensyaratkan manfaat bagi pembeli. Kedua-duanya adalah diharuskan.
Tetapi jika membeli extended warranty yang berasingan daripada barang seperti seseorang membeli barang tanpa waranti lalu membeli waranti, atau membeli satu barang yang sudah tamat warantinya kemudian membeli waranti baru, Ini adalah tidak harus kerana mengandungi gharar. Hal ini kerana dia membeli atau membayar suatu yang bersifat tidak pasti, sama ada si pembeli akan memperoleh manfaat daripada servis baikpulih tersebut atau tidak. Bentuk waranti yang patuh syariah adalah yang berasaskan konsep takaful atau jaminan vendor tanpa perlu kepada bayaran tambahan.
Sekian, terima kasih.