BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan, saya ada beberapa soalan berkaitan Qada puasa dan bayaran fidyah atas isteri saya semasa beliau melahirkan dan masih menyusu.

1) Tahun 2022, isteri saya keguguran March, April start puasa ramadhan. Isteri sempat ganti 7hari dan tinggal 23hari sebelum ramadhan 2023.

2) Isteri saya tidak sempat qada lagi 23hari tahun 2022 kerana isteri saya disahkan hamil kedua dan bersalin 10/04/2023, dlm bulan ramadhan. Maksudnya sepanjang 2023, tidak berpuasa (kerana risau akan kandungan dan menyusu) + 23 hari yang dibawa drpd 2022 belum di Qada.

Tetapi fidyah telah di bayar sebelum ramadhan 2024, cuma qada belum di selesaikan.

3) Tahun 2024, beliau berpuasa penuh dan belum menggantikan puasa (qada) semasa keuzuran. Kekangan di sebabkan masih menyusu penuh sehingga hari ini, dan berkemungkinan tidak sempat utk isteri saya menggantikan puasanya tahun lepas kerana puasa ramadhan yg bakal menjelma tidak berapa lama hari lagi.

Jadi soalan saya, adakah puasa yg di tinggalkan dari tahun 2022 tetapi fidyah telah bayar perlu di gantikan (qada) sehingga selesai dan fidyah perlu di bayar lagi atau tidak?

Dan untuk 2024, puasa yg di tinggalkan perlu di ganti dan berapa fidyah yg perlu di bayar?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan kerana ia menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. 

Terdapat 2 kaedah bayaran fidyah yang boleh dipilih berdasarkan kemampuan, iaitu:

1. Tidak berganda: iaitu jumlah hari tidak berpuasa darab dengan nilai fidyah berdasarkan kepada jenis beras yang biasa dimakan atau atas kemampuan.

2. Berganda: iaitu menggandakan hasil darab hari ditinggalkan dengan nilai fidyah, didarabkan dengan tempoh tahun puasa itu ditinggalkan.  

Justeru, individu bolehlah memilih kaedah yang dirasakan mampu untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk membayar fidyah secara berperingkat dan beransur-ansur mengikut kemampuan. Bagi fidyah yang telah dibayar, ia dikira telah selesai. Adapun, bagi ibadah puasa yang ditinggalkan, ia tetap wajib diqada; mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Untuk mengetahui kaedah pengiraan yang sebenar, bolehlah merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk maklumat serta bimbingan lanjut. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image