BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya sudah diceraikan dan dalam tempoh iddah,pertanyaan Saya adalah, adakah sah rujuk bila suami menyatakan hasrat ingin rujuk seperti "Saya nak rujuk dengan awak"

 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Rujuk harus dilakukan oleh suami selama isteri masih di dalam tempoh iddah, sama ada talak satu atau talak dua. Rujuk adalah hak suami dan ia tidak memerlukan kepada keizinan atau redha daripada isteri. Di dalam mazhab Syafi'i, rujuk hendaklah dilakukan dengan lafaz dan tidak memadai dengan perbuatan semata-mata. Lafaz rujuk yang digunakan hendaklah menunjukkan kemahuan suami untuk rujuk sama ada secara sorih (jelas) atau kinayah (kiasan) yang memerlukan kepada niat. Seperti: "Aku rujuk engkau", atau "Engkau isteri aku lagi".

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ucapan suami: "Saya nak rujuk dengan awak" hanya menunjukkan hasrat suami hendak rujuk kepada isteri dan belum lagi melakukan rujuk. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan sila rujuk Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 4

message user image