Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, kadar zakat fitrah pada tahun ini 2025 telah ditetapkan pada kadar RM7 (beras tempatan), RM15 (beras import) dan RM22 (beras selain beras tempatan dan import).
Soalan: berapakah kadar zakat fitrah yang patut di bayar oleh golongan B40 atau kurang berkemampuan pada tahun ini kerana mereka makan beras import selama setahun (beras tempatan tiada dalam pasaran) yang mana mereka ini sepatutnya hanya mampu untuk beras tempatan sahaja?
Jawapan
Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.
Berdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-4/2024 yang bersidang pada 21 Oktober 2024 telah membincangkan kadar zakat fitrah pada tahun 2025, iaitu pada kadar:
a. RM15.00: beras perang, beras pulut, beras wangi dan beras merah
b. RM22.00: beras Jepun, Beras Basmathi dan Beras Herba Poni.
Berdasarkan fatwa di atas, pembayaran asas adalah RM7.00 dan sekiranya dia tidak mampu untuk membayar mengikut beras yang dimakan, maka bayarlah dengan kadar RM7.00 berdasarkan kemampuannya dan ia tetap sah.
Sekian, terima kasih