BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya dan isteri dah tidak mesra. Banyak permintaan saya untuk bersama dia tolak. Kadang2 dalam sebulan sekali je. Masa bersendirian, saya berfikir kalau isteri saya tak bagi sampai seratus hari. Bila cukup hari ke seratus tu saya akan cakap "Hari ni cukup dah seratus hari ( yang ni hanya dalam hati). Tiada guna lah kita hidup sebagai suami isteri kalau tak boleh buat hubungan" (ayat ni saya sebut di mulut. Niat saya bukan nak bercerai. Mohon penjelasan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam perkara ini  terdapat satu perkara penting yang perlu difahami iaitu larangan bermain-main dengan talak. Perkara ini adalah perkara yang tidak boleh dijadikan bahan ketawa dan gurauan. Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).

Merujuk soalan yang diajukan, lafaz “tiada guna kita hidup sebagai suami isteri” itu bukanlah suatu ucapan talak. Ia adalah suatu kenyataan atau perkhabaran daripada suami yang boleh membawa pelbagai maksud yang lain seperti luahan perasaan kecewa, atau tak ada apa-apa perasaan, atau sebagainya. Lebih-lebih lagi, tuan sendiri mengaku bahawa ucapan tersebut bukanlah untuk bercerai.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image