BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Apakah hukum tinggal di rumah yang ada tokong cina (berhala).

Assalamualaikum. Isteri saya Chinese muslim.kami tinggal dirumah mertua (non Muslim).walaupun kami ada rumah sewa sendiri tetapi isteri saya lebih memilih untuk tiggal dgn keluarga dia. Tambahan sekarang selepas kematian bapa mertua (non Muslim) saya,isteri memilih untuk terus tinggal dirumah keluarga nya kerana handak menjaga ibu nya.saya tak kisah untuk jaga ibu dia.apa yang saya kisah dan khuatir adalah kami tinggal di dallam rumah yg ada berhala.

Setahu saya rumah yg ada berhala malaikat tak masuk kan.jadi bagaimana dengan solat kami,ibadat kami.

Apakah benar keluarga saya hidup tanpa rahmat di dalam rumah ini.

Saya beberapa kali dah bincang dan beritahu isteri saya tentang ini tetapi dia lebih utama kan ibu dia.saya dah tak tahu lg macam mana nak bincang perkara ini.

Mohon pihak tuan/puan berikan penjelasan dan nasihat untuk saya.

Terima kasih dan Assalamualaikum. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung. (Riwayat al-Bukhari)

Imam al-Nawawi berkata: Menurut para ulama’, antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa). Ini disebabkan perbuatan meletakkan gambar itu merupakan maksiat yang amat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan Allah SWT manakala sebahagian daripada gambar-gambar tersebut dijadikan sembahan. Oleh itu malaikat tidak akan masuk ke dalam rumahnya, tidak melakukan solat di dalamnya, tidak meminta keampunan bagi penghuninya, tidak memohon keberkatan seterusnya tidak melindungi penghuni rumah tersebut daripada gangguan syaitan.

Adapun tuan tidak perlu risau akan kualiti ibadah yang dilakukan di rumah itu kerana ia tetap sah dan diterima oleh Allah SWT selagi mana ia memenuhi syarat. Cumanya keberkatan sebagaimana hadis di atas juga diperlukan bagi memastikan kehidupan berkeluarga lebih baik. Tetapi dengan keperluan isteri menjaga ibunya adalah bentuk ihsan tuan sebagai suami untuk membenarkan isteri berbakti kepada ibunya dan boleh jadi ia adalah bentuk dakwah yang boleh membawa keislaman ibunya. Bincanglah dengan hikmah dengan isteri kerana pengorbanannya menjaga ibunya walaupun telah berlainan agama dan pastinya rahmat Allah SWT sentiasa ada untuk keluarga tuan.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image