Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nak tanya status Saya Dan suami Saya. Kami bergaduh and Saya telah provoke suami Saya untuk lepaskan Saya.dalam keadaan Yang serabut ni, suami Saya cakap dia lepaskan Saya lepas sahur lepas dia kemas kan barang2 dia Dan keluar rumah. Tp Perkara itu tak terjadi, jadi macam mana ye ?
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan :
Lafaz suami puan "Saya lepaskan lepas sahur", tidaklah merupakan lafaz talak yang boleh menyebabkan jatuhnya talak ketika ia dilafazkan kerana ia merupakan suami hasrat atau cadangan suami untuk menceraikan isterinya selepas sahur, namun sekiranya selepas sahur dia tidak ada melafazkan apa-apa lafaz cerai kepada isterinya maka talak tidak jatuh.
Sekian, terima kasih.