Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Perkara: Permohonan Penjelasan Berkenaan Saf Solat di Surau Raudhatul Jannah
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Pihak kami ingin mendapatkan penjelasan rasmi daripada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor berkenaan kedudukan saf solat di surau kami. Terdapat perbezaan pendapat yang timbul berkaitan dengan susunan saf jemaah di ruang luar surau.
Terdapat pandangan / pendapat mengatakan surau kami bukan Surau Jumaat. Oleh yang demikian, kawasan luar seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang kami kepilkan tidak boleh digunakan sebagai saf jemaah. Menurut pandangan, saf luar hanya boleh bermula dari garisan pintu masuk ke dewan solat dalam, dan ketika solat berjemaah sedang berlangsung, pintu sliding dewan solat dalam mesti dibuka sekadar muat untuk seorang masuk.
Oleh yang demikian, kami memohon pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor memberikan penjelasan rasmi berkenaan perkara ini bagi memastikan jemaah dapat menunaikan solat secara berjemaah dengan tertib dan mengikut hukum syarak yang sahih.
Bersama-sama ini kami kepilkan gambar berkaitan untuk rujukan pihak tuan.
Kerjasama dan maklum balas pihak tuan amat kami hargai. Segala penjelasan boleh disalurkan kepada pihak pengurusan surau di alamat yang tertera atau melalui emel/telefon su.raudhatuljannah@gmail.com
Sekian, terima kasih.
Yang benar
Marzuki Bakar
Setiausaha Surau Raudhatul Jannah
Lampiran: Link Image https://drive.google.com/file/d/1OdylxYHtcRiCRoo17jTA97znffwOsOMM/view?usp=drive_link
Jawapan
Merujuk kepada persoalan dan lampiran gambar yang diajukan, Jabatan ini berpandangan pihak surau hendaklah memenuhi syarat-syarat sah solat berjemaah menurut Garis Panduan Solat Berjemaah Di Masjid, Bangunan Selain Masjid Dan Tanah Lapang terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor iaitu:-
Pihak tuan boleh mendapatkan Garis Panduan tersebut di link berikut : https://www.muftiselangor.gov.my/wp-content/uploads/2023/08/new-edited-GP-solat-tanah-lapang_compressed.pdf
Sekian, terima kasih.