BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya minta sangat pertolongan dalam isu ini. Telah berlaku perpecahan dalam jemaah tabligh kepada Maulana Saad dan Syura Alami. Ada ulama di India yang menyatakan kata-kata dan hukum dikeluarkan Maulana Saad ada yang bertentangan dengan syarak. Adakah saya perlu meninggalkan jemaah Maulana Saad dan beralih ke Syura Alami?

JazakAllah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Secara asasnya sesiapa yang melanggar syariat adalah dilarang untuk mengikuti orang tersebut. Sekiranya benar pimpinan atasan jemaah tabligh telah mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan syarak, maka hukum atau pandangan tersebut haram diikuti. Segala keputusan yang ingin dibuat hendaklah berdasarkan kepada ilmu dan soal selidik kepada mereka yang mempunyai maklumat yang tepat. Sekiranya diyakini Syura Alami merupakan pecahan jemaah tabligh yang masih berada di landasan yang benar dan terbukti Maulana Saad telah mengeluarkan hukum yang bercanggah dengan syariat, maka beralih kepada Syura Alami adalah pilihan yang terbaik.

Walau bagaimanapun, isu sebegini perlulah diselidik terlebih dahulu agar tiada pihak yang teraniaya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image