BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada soalan mengenai haid.

 

Saya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Bulan lepas, saya mula haid pada 11 Februari hingga 1 Mac, tetapi darah yang keluar hanya titik-titik dan kadang-kadang kesan sahaja.

 

Selepas 15 hari pertama, saya mandi wajib kerana menganggap ia bukan lagi haid. Namun, semalam saya perasan ada darah keluar semula selepas 1 hari tiada darah.

 

Soalan saya, adakah darah yang keluar ini masih dikira haid, atau saya boleh teruskan puasa dan solat seperti biasa?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam dan sekurang-kurang haid adalah sehari semalam atau 24 jam. Manakala tempoh minimum suci adalah 15 hari 15 malam. Jika berlaku keadaan darah keluar berterusan melebihi tempoh maksimum haid berkemungkinan ia merupakan darah bercampur antara darah haid dan darah istihadah. Jadi, untuk menentukan sama ada ia darah haid atau istihadah hendaklah ditentukan dengan perkara berikut:

  1. Kaedah tamyiz (membezakan) jenis darah dengan menentukan darah yang kuat dan lemah melalui perbezaan warna darah tersebut. Darah kuat dianggap sebagai darah haid sebaliknya darah lemah adalah darah istihadah. Sebagai contoh: pada 11/2 hingga 1/3 darah yang keluar tersebut adalah lemah seperti keruh, maka ia dianggap sebagai darah istihadhah serta dianggap suci. Manakala darah yang keluar pada 3/3 jika warnanya lebih kuat seperti hitam maka ia merupakan darah haid
  2. Kaedah adat. Kaedah ini adalah dengan melihat adat kebiasaan tempoh haid puan pada bulan sebelumnya. Sebagai contoh, tempoh kebiasaan haid adalah 7 hari, maka pada 11/2 hingga 17/2 adalah dianggap sebagai haid, manakala selebihnya hari berikut adalah suci sehingga tempoh minimum suci iaitu 15 hari 15 malam.
  3. Kaedah umum. darah yang keluar dalam tempoh 15 hari dikira sebagai haid. selepas itu, darah yang keluar adalah darah istihadhah. darah yang keluar semula jika dalam tempoh minima suci daripada haid, maka darah itu dianggap sebagai darah istihadhah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image