Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ada persoalan.
Bulan February saya dalam keadaan tidak suci (haid) Dari 15hb - 23hb. Selepas itu, tempoh saya suci Dari 24hb - 4hb Mac. Tiba² 5 Mac saya datang haid. Boleh tak beri penjelasan kepada saya untuk saya mengira waktu suci Dan waktu haid. Terima kasih
Jawapan
Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa haid boleh dikenal pasti melalui tempoh (tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam manakala tempoh maksimum suci daripada haid adalah 15 hari) dan warna darah yang keluar. Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan, didapati bahawa darah keluar pada 5 Mac dikira telah melepasi tempoh paling maksimum haid, dan dalam tempoh minimum suci daripada haid, maka pada hari tersebut darah yang keluar adalah istihadhah.