BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Apa hukum solat sambil membaca al quran dalam telefon bimbit


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Harus membaca al-Quran dalam telefon bimbit bagi imam dan orang yang solat secara bersendirian. Namun, hendaklah menjaga adab dalam solat termasuklah menjaga pergerakan agar tidak melebihi tiga kali pergerakan besar berturut-turut. Sekiranya solat sebagai makmum, sebaiknya mendengar bacaan imam.

Imam Khatib al-Syirbini berkata: 

وَلَوْ فَتَحَ كِتَابًا، وَفَهِمَ مَا فِيهِ أَوْ قَرَأَ فِي مُصْحَفٍ، وَلَوْ قَلَّبَ أَوْرَاقَهُ أَحْيَانًا لَمْ تَبْطُلْ؛ لِأَنَّ ذَلِكَ يَسِيرٌ أَوْ غَيْرُ مُتَوَالٍ لَا يُشْعِرُ بِالْإِعْرَاضِ، وَالْقَلِيلُ مِنْ الْفِعْلِ الَّذِي يُبْطِلُ كَثِيرُهُ إذَا تَعَمَّدَهُ بِلَا حَاجَةٍ ‌مَكْرُوهٌ

Maksudnya: Namun begitu, membaca ayat al-Quran dengan melihat mushaf dan juga membelek kertas mushaf ketika sedang menunaikan solat, maka solatnya tidak batal kerana perbuatan tersebut adalah sedikit atau tidak berterusan, serta tidak menunjukkan sikap berpaling daripada solat. Jika ia dilakukan dengan sengaja tanpa ada keperluan, maka hukumnya adalah makruh.

Merujuk kepada persoalan tuan, harus membaca al-Quran dalam telefon bimbit ketika solat sekiranya mempunyai keperluan. Adalah lebih baik untuk membaca ayat al-Quran tanpa melihat telefon bimbit di dalam solat jika tiada keperluan yang mendesak untuk berbuat demikian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image