BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Sy terjumpa telur lipas dalam lipatan kain dalam almari.najiskah semua baju?sy sngat buntu nak basuh semua bajukah dalam almari.terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa telur lipas tidak dianggap sebagai najis dalam hukum fiqh kerana ia bukan benda yang berasal dari sesuatu yang najis. Dalam Islam, najis merujuk kepada perkara yang jelas dinyatakan sebagai kotor atau tidak suci seperti darah, najis haiwan dan bangkai.

Namun, lipas dikategorikan sebagai haiwan yang menjijikkan (khaba'ith) kerana hidup dalam persekitaran kotor. Walaupun telur lipas tidak dikira najis, disarankan sebaiknya baju-baju yang terdapat di dalam almari tersebut dibersihkan dengan cara membuang telur lipas tersebut atau membersihkan bahagian baju yang mempunyai kesan atau bau yang kurang menyenangkan bagi mengelakkan rasa tidak selesa ketika dipakai atau digunakan ketika menunaikan ibadah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image