Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Aruah ayah saya pernah memfitnah besannya.. dan apabila 2 kali terkena strok.. banyak yang dia telah lupa termasuk segala surah hafazan dan nama-nama kawan. fitnah tu pun dia tak boleh ingat dah. adakah ia masih berdosa.. bagaimana menebusnya.. pernah saya bagitahu tapi dia sebelum ia pergi selamanya dan dia tak boleh ingat akibat strok banyak memori telah hilang. bagaimana saya boleh membantunya? kerana saya sayang aruah..
Jawapan
Sebagai seorang anak, kita boleh mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapa kita. Oleh itu berdoalah semoga arwah ayah berada dalam kalangan orang yang beriman dan diampunkan dosa-dosanya. Sebagai anak juga boleh berjumpa dengan besan ayah yang difitnah untuk meminta maaf bagi pihak ayah. Atau jika besan tersebut sudah tiada, jumpalah warisnya dan minta maaf kepada mereka.
Sekian, terima kasih.