BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan

Apakah hukum sekiranya solat dhuha secara berjemaah dan dilakukan secara berterusan.?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, di dalam mazhab al-Shafi'i terdapat solat sunat yang disunatkan untuk dilakukan secara berjemaah dan juga tidak disunatkan. Solat sunat dhuha dikategorikan solat sunat yang tidak dituntut untuk dikerjakan secara berjemaah namun sekiranya dilakukan secara berjemaah hukumnya adalah dibolehkan. Justeru, solat sunat dhuha boleh dilakukan secara berjemaah akan tetapi ia tidak dilakukan secara selalu dan berterusan sehingga menjadi suatu sunnah dan adat kebiasaan kerana terdapat pandangan ulama yang mengatakan bahawa hukumnya adalah khilaf al-awla (خلاف الأولى) iaitu melakukan perkara yang bertentangan dengan yang lebih utama. Ini bermakna melaksanakan sembahyang sunat Dhuha dengan tidak berjemaah (mengerjakannya secara bersendirian) adalah lebih utama sekalipun sah mengerjakannya dengan berjemaah itu. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image