BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamuaikum ustaz / ustazah ,maaf Tanya . Apa hukum puasa Kita jika Kita tak telan sisa makanan dalam mulut , tapi Kita telan air liur Yang bercampur dengan rasa sisa makanan tersebut  . Terima kasih .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menelan air liur tidak membatalkan puasa berdasarkan ijma’ sekiranya ia dilakukan secara adat. Ini kerana kesukaran untuk mengelakkan dari melakukannya.

Imam Al-Nawawi menyatakan bahawa terdapat tiga syarat yang menjadikan menelan air liur tidak membatalkan puasa seperti yang dapat diringkaskan berikut:

Pertama: Ianya semata-mata air liur. Sekiranya air liur bercampur dengan sesuatu dan berubah warnanya maka batal puasa sekiranya ia ditelan.

Kedua: Seseorang itu menelan air liur melalui bahagian salurannya. Sekiranya air liur telah keluar dari mulutnya kemudian dia memasukkannya semula melalui lidahnya atau selain lidahnya lalu dia menelannya maka ini membatalkan puasa.

Ketiga: Dia menelan air liur secara normal (adat kebiasaan). Sekiranya seseorang itu menghimpunkan air liurnya (di dalam mulutnya) dengan sengaja lalu dia menelannya, adakah ia membatalkan puasa? Maka ada dua pendapat yang masyhur dalam mazhab Al-Syafi’e dan yang sahihnya ia tidak membatalkan puasa.

(Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, 6/318).

Jelas di sini, sekiranya menelan air liur yang bercampur dengan sesuatu maka batal puasa sekiranya dilakukan dengan sengaja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image