BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Tumpang tanya tuan, sebelum ini ada pertanyaan berkaitan saka dan ada statment dari laman web mufti w.p yang mengatakan saka boleh diwarisi tanpa pengetahuan waris. Adakah ia tidak dikira sebagai satu khurafat kerana dosa syirik terhadap Allah SWT tidak boleh diwarisi seperti mana yang orang Kristen ajarkan. Mohon tunjuk ajar


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan pemerhatian terhadap artikel daripada Pejabat Mufti Wilayah, ada situasi atau keadaan di mana saka boleh berpindah kepada satu generasi tanpa pengetahuan waris. Dalam erti kata lain, waris tersebut terkena gangguan saka daripada waris sebelumnya tanpa kerelaan waris yang terkena gangguan. Dalam keadaan ini masih tidak dihukumkan khurafat. Ia akan jadi khurafat apabila waris tersebut menerima saka tersebut sebagai pendampingnya.

Berkenaan isu ini juga, dalam artikel yang sama daripada Pejabat Mufti Wilayah telah menerangkan tentang perlindungan diri daripada gangguan jin.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image