BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

 

Saya dan isteri telah berselisih faham pada bulan Julai 2024. Pada waktu itu, saya telah menjatuhkan talak 2 kepada isteri saya namun kami telah rujuk semula.

 

Pada bulan Disember 2024, kami sekali lagi telah berselisih faham dan saya telah menjatuhkan talak 3 kepada isteri.

 

Persoalan, adakah talak pada bulan Disember itu di kira talak yang ke-3 atau ke-2? Saya ada membuat pembacaan bahawa menalakkan isteri terus kepada talak 2 atau 3 adalah tidak boleh. Setiap talak yang di lafazkan itu di kira sebagai 1 talak.

 

Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan :

Menurut pandangan dalam mazhab Syafi'e, talak dua atau tiga yang dilafaz dengan satu lafaz, ia tetap dikira talak dua atau talak tiga. Oleh yang demikian, talak yang dilafazkan pada bulan Disember itu adalah dikira sebagai talak tiga.

Walaubagaimanapun, memandangkan pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak serta berapa bilangan talak yang jatuh adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image