BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam saya ada soalan nk tanya

kalau suami lafaz ,kalau lepas buat DNA atas isa ( anak) , dia anak aku jatuh talak 3 dan ketika itu suami tidak berniat  dlm keadaan stress penat kerana bru pulang dari kerja adakah lafaz itu sah?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam menjawab pertanyaan puan, perkataan yang suami lafazkan itu adalah termasuk dalam talak taklik, iaitu lafaz talak yang dikaitkan dengan syarat atau perkara tertentu. Sekiranya berlaku syarat yang dinyatakan dalam taklik itu walaupun tanpa niat kerana ia lafaz yang soreh atau jelas maka ia boleh membawa kepada jatuhnya talak.

Walaubagaimanapun, pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apatah lagi bila timbul pertikaian samada taklik itu dilanggar atau sebaliknya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image