Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan,
Pada December 2022 saya telah menandatangi sebuah perjanjian perniagaan bersama dengan seorang rakan.Perniagaan ini berbentuk perkhidmatan penjagaan kanak2.Memandangkan rakan saya sudah berkecimpung dalam bidang pendidikan awal kanak2 selama 5 tahun,saya mempercayai beliau dengan menyerahkan modal sebanyak RM15000 sebagai pelabur.Dalam perjanjian,tidak dinyatakan apa fungsi pelabur dalam perniagaan ini,saya hanya diberikan info berkenaan jumlah modal,keuntungan yg bakal diperolehi (50% dari jumlah modal) dan tempoh bayaran keuntungan tersebut (dibayar sebanyak RM937 setiap bulan selama 2 tahun).Atas dasar percaya,saya serahkan semua urusan perniagaan kepada rakan saya.Pada awalnya,perniagaan berjalan seperti dirancang namun mengalami kerugian kerana sewa lokasi yg agak tinggi tetapi jumlah anak jagaan sedikit.Sy beri kelonggaran untuk tempoh bayaran,jadi tiada bayaran yg saya dapat sejak awal penubuhan perniagaan.Malah ada ketikanya saya menggunakan tenaga tanpa bayaran dalam aktiviti di pusat jagaan.Ada juga rakan minta pendapat sy sebagai pelabur dalam urusan perniagaan ini,namun lama kelamaan saya seperti halimunan.Tak lagi dirujuk untuk apa2 keputusan perniagaan.Sehinggalah Julai 2024,sy mengambil keputusan untuk meminta rakan menyerahkan modal & untung pelaburan seperti yg dijanjikan kerana saya nak keluar dari perniagaan tersebut.Namun rakan mendakwa perniagaan mengalami kerugian jadi minta tempoh masa untuk selesaikan bayaran.Saya tunggu sampai awal Januari 2025,rakan meminta saya menunggu lagi kerana dia sedang cuba apply loan untuk bayar duit saya.Sehingga kini,Mac 2025 tempoh kontrak telah tamat saya masih tak terima apa2 bayaran dari perniagaan tersebut.Malah rakan seolah2 hilang dari radar.Tapi perniagaan masih berjalan seperti biasa,saya tak nampak seperti ianya mengalami kerugian.Soalan saya,apakah hak saya sebagai pemberi modal mengikut kaedah perniagaan Islam?Dan adakah tindakan saya dikira zalim kerana meminta bayaran sedangkan rakan menyatakan perniagaan kami mengalami kerugian?
Sekian,terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, secara umumnya dalam konteks pelaburan menurut Islam, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana mengandungi unsur riba dan gharar. Hal ini kerana setiap pelaburan atau perniagaan yang dilakukan seharusnya mempunyai risiko keuntungan dan kerugian. Jika ada jaminan tetap tanpa risiko kerugian, ia boleh menyerupai riba kerana seakan-akan pelabur memberi pinjaman dengan faedah tetap kepada pihak yang menjalankan perniagaan.
Dalam kes yang disebutkan, perjanjian menyatakan bahawa anda akan mendapat keuntungan tetap RM937 sebulan selama 2 tahun. Ini menimbulkan unsur gharar (ketidakpastian) kerana perniagaan sepatutnya boleh untung atau rugi. Jika keuntungan tetap dijanjikan tanpa mengira prestasi perniagaan, ia boleh menjurus kepada unsur riba.
Namun, jika perjanjian itu bersifat perkongsian keuntungan dan perniagaan benar-benar mengalami kerugian, anda perlu menanggung sebahagian daripada kerugian tersebut seperti dalam akad Mudarabah (perkongsian keuntungan).
Perkara paling utama untuk diselesaikan dalam kes ini ada mengenalpasti jenis akad atau kontrak yang dipersetujui sebelum apa-apa tindakan boleh dibuat semula iaitu:
Maksudnya: Menangguhkan pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman. (Riwayat al-Bukhari)
Selain itu, perniagaan yang dilakukan secara berkongsi modal hendaklah dijalankan dengan adil antara dua pihak melalui perjanjian yang telah dipersetujui. Pihak yang berkongsi hendaklah tidak menggunakan cara yang salah seperti menipu rakan kongsi modal. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 29:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
Rujuk semula perjanjian dan pastikan apa yang diterima adalah hak sebenar anda secara pasti kerana apa yang penting dalam mengumpulkan harta ada dengan mengutamakan keberkatan.
Sekian, terima kasih.