BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz , 

Saya mahasiswa universiti di luar negara, kami selalu ada isu berkaitan duit persatuan pelajar Malaysia di luar negara. Saya harap ustaz dapat selesaikan isu ini.

Berkaitan dengan yuran persatuan yang dibayar oleh ahli dikira sebagai akad apa ?

Kemudian, adakah dibolehkan kita menggunakan duit yuran tersebut pada program-program yang tertumpu pada sebahagian ahli sahaja sedangkan duit tu pada asalnya dibayar oleh semua.

Yang terakhir, adakah dibenarkan untuk persatuan melabur duit yuran ahli persatuan untuk tujuan mengembangkan lagi duit persatuan secara mutlak. Sebab, kalau dibolehkan, bukankah hasil daripada pelaburan itu harus dikembalikan kepada ahli juga. 

Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan,

  1. Tiada akad khusus bagi maksud bayaran yuran persatuan tetapi yang seakan mirip adalah akad tabarru’ yang bermaksud sumbangan, kebajikan, atau derma. Tabarru’ juga bisa berasal dari kata “birr” dalam bahasa Arab, yang artinya kebaikan. Tujuan menggunakan akad Tabarru' adalah untuk tolong-menolong, tanpa mengharapkan keuntungan atau return. Dengan maksud dan bertujuan persatuan, dilihat akad tabarru’ adalah sesuai dan ia menepati kehendak Syariah.
  2. Memandangkan ianya adalah akad tabarru', matlamat berpesatuan adalah saling membantu sesama ahli yang telah memberikan komitmen dengan pembayaran yuran tertentu. Tiada masalah sekiranya manfaat diterima sebahagian ahli dengan mematuhi semua peraturan dan dasar persatuan. Hadis riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati(Riwayat Abu Daud)

Melaburkan duit yuran ke suatu medium pelaburan adalah diharuskan setelah mendapat persetujuan dalam kalangan ahli bagi mengembangkan sumber kewangan persatuan. Perkara penting dalam perkara  ini adalah pematuhan kepada pelaburan dan hasil pelaburan mestilah diwar-warkan kepada ahli serta dimanfaatkan semuanya tanpa mengira kedudukan. Dan juga perlu diingatkan agar pelaburan yang disertai adalah pelaburan yang mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa dan mematuhi syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image