Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai hukum pendapatan melalui platform novel online. Dalam sistem ini, setiap kali pengguna membaca novel, mereka akan menerima mata (point) yang boleh dikumpulkan dan ditukarkan kepada wang tunai, Adakah pendapatan ini halal?
Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan
Segala hukum yang berkaitan dengan perkara tersebut adalah berbalik kepada tujuan novel itu dibaca dan cakupan isinya. Pembacaan novel yang bertujuan kepada perkara kebaikan dan penambahan ilmu tanpa ada unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat agama (seperti penggunaan kata-kata kasar serta lucah, banyak berkhayal dan melalaikan) adalah diharuskan.
Oleh itu, merujuk kepada persoalan puan, pendapatan yang diterima hasil daripada langganan aplikasi tersebut juga adalah harus sekiranya telah memenuhi terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik aplikasi tersebut.
Sekian, terima kasih.