BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya dgn suami baru bercerai dan mahkamah sabitkan saya tiada iddah kerana belum bersetubuh spanjang prkahwinan dan perlu akad nikah baru jika nk kembali brsama. Hakim juga ada mengatakan bahawa sekurang²nya separuh zakar masuk pada kemaluan isteri baru dikira hasyafah. Tapi saya dgn suami pernah melakukan hbungan kelamin tapi tidak sampai separuh, tapi ada kemasukkan zakar ke dalam kemaluan isteri. Dan suami juga mengatakan ada rasa koyakkan ketika bersama. Soalan saya, adakah prsetubuhan saya ini dikira ataupun tidak? Dan apakah maksud hasyafah yg sbenar bgi suami isteri yg diterima sebagai prsetubuhan? Mohon jawab, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Had hasyafah yang dikira berlaku jimak (persetubuhan) antara suami isteri adalah apabila bahagian zakar yang dikhatankan (kepala zakar) memasuki faraj wanita. Atau dalam erti lain, kepala zakar tidak kelihatan apabila memasuki faraj. (Busyra al-Karim)

Jadi, apabila situasi begini berlaku, barulah ia dikira sebagai bersetubuh. Oleh itu, disyorkan semula untuk merujuk perkara ini kepada Mahkamah Syariah dengan menerangkan situasi yang sebenar kerana hanya Mahmakam Syariah yang mempunyai bidang kuasa tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image