Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
HUBUNGAN DI ANTARA IBU MERTUA TIRI DENGAN MENANTU LELAKI ADAKAH IA MAHRAM ATAU AJNABI? SAYA TERKELIRU! BOLEH BERSALAM ATAU DILARANG! TERIMA KASIH.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, hubungan antara mertua tiri dengan menantu lelaki adalah ajnabi. Justeru saudara perlu menjaga pergaulan dan tidak boleh bersalaman dengan ibu mertua tiri.
Sekian, terima kasih.