Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Tajuk: Penyusuan
Syahirah ingin ambil anak angkat , seorang bayi lelaki. Bayi ini disusukan oleh isteri kpd anak saudara Syahirah.
Adakah bayi ini akan jadi mahram kpd Syahirah?
SYAHIRAH ( ambil Zaki sbg anak angkat)
RAHIM ( anak saudara SYAHIRAH ) + SITI (isteri RAHIM) - Menyusukan Zaki.
SOALAN: Adakah Syahirah menjadi mahram dgn Zaki sbg mahram penyusuan?
Terima kash.
Jawapan
Anak susuan pada hukum mahram adalah ibarat anak sendiri. Berdasarkan situasi yang diterangkan, Syahirah boleh menjadi mahram dengan Zaki disebabkan susuan.
Sekian, terima kasih.