BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, bakal isteri saya anak angkat dan memerlukan wali hakim untuk menikah. Saya dan pasangan saya ingin menikah dengan segera tetapi keluarga menyuruh untuk membuat majlis nikah. Soalan saya bolehkah saya menikah 2kali satu di perjabat agama dan kedua di majlis pernikahan??


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, jika dokumen pernikahan telah lengkap dan telah mendapat kebenaran Wali Hakim untuk bernikah di Pejabat Agama, maka pernikahan di Pejabat Agama itulah majlis nikah. Apabila telah cukup syarat sah nikah, maka saudara dan pasangan telah sah sebagai suami isteri. Tidak perlu diadakan majlis nikah di tempat lain. Justeru, saudara dapatkanlah tarikh untuk pernikahan saudara dengan menggunakan Wali Hakim di Pejabat Agama tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 32

message user image