Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Seorang suami berkahwin lagi atas alasan isterinya tidak dapat melakukan hubungan sex untuk memenuhi keinginannya. Di sebabkan masalah kewangan, lelaki ini memilih cara perkahwinan yang paling minimum.
Lelaki ini berasal dari Mesir dan memegang SPOUSE VISA kerana berkahwin dengan wanita Malaysia.
Baru-baru ini dia telah berkahwin secara nikah Syarie dengan seorang refugee rakyat Myanmar. Pernikahan dilakukan oleh sahabat lelaki Mesir tersebut. Wali bagi wanita Myanmar itu pun juga dari kalangan sahabat lelaki Mesir tersebut.
Selepas dinikahkan, lelaki Mesir itu akan membawa wanita Myanmar ke hotel untuk melakukan hubungan suami isteri dan apabila selesai, perempuan tersebut akan pulang semula ke bilik sewaannya dan lelaki Mesir tersebut pulang ke rumah isteri Malaysianya.
Lelaki Mesir itu tidak menyedia rumah untuk isteri Myanmar. Kedua dua mereka bersetuju dengan cara perkahwinan ini, iaitu berjumpa di hotel untuk melakukan hubungan sex secara halal dan kemudian balik ke tumah masing-masing.
Soalan saya:
1. Adakah perkahwinan sebegitu diterima dalam agama Islam?
2. Adakah perkahwinan tersebut sah kerana wali perempuan tersebut adalah dari sahabat lelaki Mesir yang tidak mengenali asal usul wanita Myanmar itu.
Harap dapat memberi penjelasan terhadap isu ini.
Jawapan
Menjawab pertanyaan saudari :
Perkahwinan yang dilakukan di Malaysia hendaklah mengikut mazhab Syafie dan juga hendaklah mematuhi ketetapan Undang-undang Keluarga Islam yang terpakai di setiap negeri di Malaysia. Tidak sah nikah tanpa memenuhi rukun dan syarat-syarat sah nikah iaitu pengantin lelaki, perempuan, wali, saksi, akad nikah (ijab dan qabul) dan syarat-syarat lain seperti penggunaan wali mengikut turutan dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.