Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin beroleh kepastian sekiranya jatuh talak sekiranya si suami berucap semasa berlaku pertelingkahan sebegini:
Sekiranya si isteri tidak balik langsung pada hari raya haji itu, maka adakah tidak jatuh talak tersebut?
Atau sekiranya si suami dan isteri balik ke kampung bersama-sama pada raya haji itu, maka tidak jatuh talak kerana syarat tidak dipenuhi?
Saya memohon pencerahan pihak Jabatan Mufti Agama Islam Selangor.
Terima kasih.
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan :
Lafaz "Aku ceraikan kau sekiranya kau balik ke kampungmu tanpa aku, sekiranya aku berada di sini semasa cuti raya haji ini", adalah suatu lafaz berbentuk khabari atau perkhabaran, Lafaz talak taklik yang memberi maksud perkhabaran tidak menyebabkan jatuhnya talak. Ini kerana suami ingin memberitahu bahawa apabila berlaku perkara yang ditaklikkan itu, suami akan mentalakkannya dan masih belum tertalak lagi. Seandainya suami berkeinginan untuk menceraikan isterinya itu, maka suami perlu melafazkan talak. Seandainya tidak, maka talak tidak berlaku.
Untuk mendapat kepastian dan maklumat lanjut puan boleh adukan perkara tersebut kepada Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah tempat di mana puan tinggal.
Sekian, terima kasih.