BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, nak tanya ustaz. Jika 1 model kasut diperbuat daripada kulit lembu dan 1 lagi kasut diperbuat daripada kulit khinzir, kedua-duanya model itu dibuat daripada kilang yang sama. Adakah kita boleh memakai kasut yang diperbuat daripada kulit lembu itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

إِنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرأَ لِدِيْنِهِ وعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ. أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى.

"Daripada Rasulullah S.A.W bersabda: “ Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimanapun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam menjelaskan persoalan ini, ingin dijelaskan bahawa adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang muslim untuk berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ini bagi memastikan seseorang itu tidak terjatuh dalam perkara-perkara syubhat yang memberi kesan terhadap agama dan dirinya. Antara cara menjauhi diri daripada perkara-perkara syubhah.

Kulit haiwan yang telah disamak adalah suci, sama ada haiwan tersebut adalah haiwan yang boleh dimakan tetapi mati tanpa disembelih, ataupun haiwan tersebut adalah haiwan yang tidak boleh dimakan, kecuali anjing dan babi. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ فَقَدْ طَهُرَ

Maksudnya: “Apa jua kulit apabila disamak maka ia menjadi suci”. (Riwayat Al-Tirmizi, 4/221, no: 1728)

Berdasarkan situasi yang diterangkan, memakai guna kasut yang diperbuat daripada pengeluar kilang kulit lembu adalah termasuk dalam perkara yang syubhah kerana kita sebagai pengguna tidak dapat memastikan proses pembuatannya sama ada dibasuh dengan baik atau tidak. Tetapi kasut daripada kulit khinzir adalah jelas bernajis dan tidak akan suci walaupun dicuci atau disamak. Oleh itu, jika diyakini bahawa kulit tersebut dibasuh dengan betul, tiada halangan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit lembu. Namun begitu, menjauhi dan tidak memakai kasut tersebut adalah digalakkan bagi mengelakkan perkara syubhah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image