BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, Saya nak Tanya tentang lafaz taklik. Selepas setahun Saya berkahwin dengan suami, Saya mula sedar yang suami Saya ada ambil barang terlarang ..Setelah jumpa barang2 tersebut, dengan perasaan marah Saya ada bagitahu suami, klau dia sayang kan keluarga kami, dia tinggalkan dari mengambil barang tersebut, tetapi jika didapati dia menggambilnya lagi jatuh talak terhadap Saya..Setelah beberapa tahun Saya terjumpa barang tersebut di bilik stor, Dan dia ada dibilik tersebut sedang tidur. Sy kejutkan dia Dan bertanya adakah dia ambil barang tersebut Dan dia tidak mengaku Dan dia bersumpah depan alquran bhw dia tidak ambil barang tersebut. Suami ckp alat tu memg ada dibilik stor..mgkin yg lama2 dulu..mcm mana ustaz..Sy buntu..kadang Sy takut status Sy sebagai isterinya lg atau sebaliknya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengetahui secara pasti serta jelas lafaz taklik yang diucapkan adalah amat penting bagi memastikan sama ada suatu lafaz taklik itu sah ataupun tidak. Pada asasnya lafaz taklik talak adalah hak suami dan dia perlu melafazkannya dengan sendiri. Seandainya lafaz taklik talak diucapkan oleh isteri dan suami membenarkan atau mensetujuinya, ia boleh membawa kepada berlakunya taklik talak. 

Berdasarkan kepada maklumat tambahan yang diberikan melalui perbualan telefon, tiada kepastian terhadap lafaz yang diucapkan oleh isteri, maka ucapan tersebut tidak boleh dijadikan sandaran berlakunya taklik talak. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pandangan serta penjelasan lebih lanjut, puan disarankan untuk merujuk kepada Pejabat Agama Islam Daedah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image