BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum , saya nk bertanye, emak saya baru meninggal 1.3.25, soalan saya, bole ke kite mengeluar kan duit arwah dari bank menguna kan kad atm selepas meninggal, dan saya nk tau ape hukum nyer 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Takziah atas pemergian emak tuan pada 1 Mac 2025 yang lalu. Semoga Allah SWT mengampuni beliau, merahmati rohnya, dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, harta peninggalan arwah adalah dianggap sebagai harta pusaka termasuk wang simpanan beliau di dalam bank. Tujuan mengeluarkan wang arwah menggunakan ATM kad sebagai pemegang amanah dengan persetujuan waris-waris lain untuk kepentingan arwah seperti perbelanjaan jenazah atau melangsaikan hutang adalah diharuskan. Begitu juga mengambil wang simpanan tersebut bagi tujuan pembahagian harta pusaka adalah diharuskan.

Sekian, terima kasih. 

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image