BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam,

Saya adalah seorang perunding hartanah. 

Saya ada terima hibah dari peguam kerana menggunakan khidmat mereka untuk urusan pelanggan saya (jual beli hartanah).

Hibah tersebut saya dapat daripada firma peguam tanpa saya minta dari pihak mereka.

Akan tetapi, pihak LPPEH (yang memantau kerjaya perunding hartanah) telah mengeluarkan arahan sepeti berikut :

https://lppeh.gov.my/WP2016/notification-4-2024-probihition-against-demanding-or-obtaining-referral-fees-from-solicitors/

Jadi, bagaimana status duit tersebut?

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hibah merupakan suatu amalan sunat yang dituntut dan digalakkan dalam Islam terutama hibah kepada kaum kerabat terdekat. Terdapat beberapa ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menjelaskan tentang galakan dan saranan ke atas amalan hibah.

Dalam menjelaskan persoalan yang dikemukakan ingin dinyatakan bahawa sekiranya pihak majikan atau LPPEH sudah tidak membenarkan penerimaan hibah daripada pelanggan, maka ia tidak dibolehkan. Ini kerana penerimaan hibah atau komisyen atas kerja hakiki yang dibuat boleh menyebabkan seseorang terjerumus kepada rasuah. Sebagaimana yang didefinisikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu

“Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun”.

Sebagai contoh, seorang kontraktor menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Walaupun hibah itu tidak diminta, pemberian dan penerimaan ini boleh menggalakkan gejala yang lebih buruk iaitu rasuah dan tindakan LPPEH adalah bertepatan bagi mengelakkan risiko itu berlaku. Sekiranya arahan LPPEH ini baru dikeluarkan, maka penerimaan hibah terdahulu adalah tidak tertakluk dan hibah yang diterima boleh diambil, melainkan ada arahan-arahan dalaman syarikat untuk tidak boleh berbuat demikian.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image