BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam dan selamat sejahtera..saya nak bertanya adakah bercerai sekiranya ayat ini. "Aku ceraikan kau kalau kau tidak puaskan hati aku sehingga pukul 6 nanti dengan gambar ini." 

Sebelum jam 6 saya berpuas hati dan saya telah lafazkan ruju' kepada isteri semula.. " saya ruju' awak jadi isteri saya semula."

 

Minta pandangan dan jawapan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada persoalan tuan, berkenaan lafaz taklik yang diucap oleh suami iaitu : “aku ceraikan kau kalau kau tidak puaskan hati aku sehingga pukul 6 nanti dengan gambar ini", ia adalah lafaz perkhabaran (khabari) iaitu jika isteri tidak melakukan perkara yang diminta, maka suami akan melafazkan talak. 

Namun, berdasarkan situasi tuan berikan, suami telah berpuas hati dengan jawapan isteri sebelum pukul 6, maka suami tentunya tidak jadi untuk melafazkan talak. Maka tiada apa-apa kesan pada lafaz ruju' yang telah dilafazkan oleh suami itu.

Perkahwinan adalah amanah Allah yang perlu dijaga dengan sebaiknya agar kekal dalam rahmat dan keberkatan-Nya. Komunikasi yang baik dan kesabaran amat penting untuk mengelakkan lafaz cerai yang tidak diingini.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image