Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah lafaz "saya nak rujuk awak balik" dikira sebagai lafaz ruju' yang sempurna dan sah? Adakah lafaz ini tergolong dalam lafaz sorih atau kinayah?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz rujuk berbunyi : "saya nak rujuk awak balik" adalah lafaz rujuk yang sorih (jelas) tetapi belum dihukumkan sah rujuk sebagai suami isteri kerana ada perkataan "nak" kecuali jika "saya rujuk awak" barulah sah rujuknya. Justeru, saudara hendaklah melaporkan perkara ini ke Pejabat Agama Islam Daerah dan Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan rujuk dan didokumenkan.
Sekian, terima kasih.