Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz , saya ada sedikit soalan berkaitan pengubatan dan hukumnya.
Saya sudah berikhtiar mengubati isteri saya yg tergila-gilakan orang lain ditempatnya bekerja..pelbagai perubatan yg sya telah buat namun tiada kesan yg baik..Jadi saya buat ikhtiar terakhir supaya isteri saya dapat kembali kpd saya seperti sebelum ini..Jadi ikhtiarnya jln pintas sebab tidak nmpk perubahan perubatan sebelum ini..ikhtiarnya adalah menggunakan " minyak dagu " ..untuk memulihkan keadaan dan keaadaan terpaksa saya lakukan untuk isteri saya..apa yg saya tahu minyak dagu ini syirik jika menggunakan..apakah keadaan terpaksa ini , perubatan menggunakan minyak dagu ini diharuskan atas sebab tiada pengubatan yg lain tidak memberi kesan ? demi kebaikan dirinya dan keluarga..
Jawapan
Penggunaan minyak dagu merupakan perkara khurafat dan boleh membawa kepada syirik. Dosa syirik ini tersangatlah besar sehingga ia dikira lebih berdosa daripada membunuh. Oleh itu, dalam apa jua keadaan sekalipun adalah diharamkan untuk melakukan perkara syirik sekalipun bertujuan perubatan. Maka, haram hukumnya menggunakan minyak dagu bagi tujuan yang dinyatakan. Dinasihatkan kepada tuan supaya teruskan ikhtiar dan mencari jalan penyelesaian yang lebih mematuhi syariat.
Sekian, terima kasih.