BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammua’laikum ustaz, saya ingin bertanya, sebelum ini kawan saya pernah hutang dgn saya kemudian dia bayar hutang semula dgn secara QR code bank in dalam akaun saya..persoalan saya bimbang jika duit yg dia bagi itu syubhah ataupun yg haram, namun bila saya dapat gaji campur lah juga dgn duit yg dia sudah bank in dalam akaun saya..dia bayar hutang Rm 1.70 sen sahaja.

 

1.Maka bila saya dapat gaji saya tidak guna  duit lagi sepenuhnya masih ada baki lagi dalam bank saya itu..saya bimbang jika duit yg saya gunakan itu sudah bercampur, namun baki duit masih ada lagi dalam bank..jika saya derma Rm 1.70 di tabung masjid atau seumpamanya apakah dibolehkan kerana saya dapat membezakannya? Namun jika saya sudah derma..

2. barang2 sebelum ini yg saya beli guna duit gaji saya itu menjadi halal? Walaupun sebelum ini ada yg bercampur dgn duit kawan saya itu dalam bank? Mohon penjelasan dari pihak mufti terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Memberi hutang kepada orang lain hukumnya adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan satu amalan mulia yang menggambarkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap kesusahan orang lain. Orang yang memberi hutang bukan sahaja membantu meringankan beban hidup seseorang, bahkan dijanjikan ganjaran istimewa di sisi Allah SWT. Jika niatnya ikhlas untuk menolong, maka ia termasuk dalam amal kebajikan yang sangat besar pahalanya.

Daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ، وإنَّ الحَرامَ بَيِّنٌ، وإنَّ بَيْنَ الحَلالِ والحَرامِ مُشتَبِهاتٍ، فمَن ترَكها استَبْرأ لدِينِهِ وعِرضِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara samar (syubhat) yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga (menjauhi) perkara syubhah (kesamaran), maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.  (Riwayat al-Bukhari)

Dalam Islam, yang halal dan haram itu jelas. Jika wang yang dibayar oleh kawan anda itu benar-benar dari sumber haram, dosanya tertanggung atas dia bukan anda kerana anda menerima sebagai bayaran hutang, bayaran tersebut adalah hak anda yang sah.

Wang itu tidak menjejaskan duit gaji anda yang lain dalam akaun, apatah lagi jumlahnya sangat kecil (RM1.70) dan telah bercampur. Barang-barang yang dibeli juga tetap halal, kerana majoriti sumber wang adalah halal.

Jika anda masih bimbang, anda boleh dermakan nilai tersebut ke tabung masjid atau salurkan ke Baitulmal sebagai langkah membersihkan hati.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image