BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum. Saya ingin tahu hukum membeli emas yang dilelong. Adakah ianya haram atau boleh?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, jual beli emas secara lelongan adalah dibenarkan jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam penjualan dan pembelian emas. Ia termasuklah jual beli yang tidak terlibat dengan riba iaitu jual beli sama banyak (timbangan, sukatan, nilai emas semasa) serta tangan ke tangan (secara tunai dan saling menerima dalam satu majlis). Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin Samit Ra, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

‌الذهب ‌بالذهب. ‌والفضة ‌بالفضة. والبر بالبر. والشعير بالشعير. والتمر بِالتَّمْرِ. وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ. مِثْلًا بِمِثْلٍ. سَوَاءً بِسَوَاءٍ. يَدًا بِيَدٍ. فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الْأَصْنَافُ، فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ، إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Maksudnya: Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, gandum dengan gandum, garam dengan garam, mestilah sama timbangannya dan jual beri tunai, maka jual beli dengan barang yang berbeza jenis maka juallah sepertimana yang kami mahu asalkan secara tunai. (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ini, dapat difahami bahawa jual beli emas dengan selainnya iaitu duit adalah dibolehkan dengan syarat ia berlaku secara tunai iaitu berlaku serah barang dan terima harga dalam majlis akad jual beli iaitu secara lani atau on the spot. Begitu juga keadaannya jika jual beli emas dilakukan secara lelongan, iaitu dilakukan secara lani tanpa berlaku penangguhan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 60

message user image