Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya seorang penguatkuasa, berumur 50 tahun dan beruban ,adakah boleh saya menghitamkan rambut dengan herba. Bukan tujuan untuk menipu umur tapi untuk menambahkan keyakinan saya sebagai seorang penguatkuasa
Jawapan
Mewarnakan rambut bagi orang lelaki adalah dibenarkan dalam Islam kecuali warna hitam atau warna yang boleh menyerupai wanita. Manakala mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah dilarang.
Sekian, terima kasih.