BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum

saya ingin bertanya...apakah hukum seorang anak yang  memberikan nafkah kepada ibubapanya...(nafkah tersebut sepertiga masih disimpan didalam bank anak perempuan itu untuk tujuan simpanan ibu), dan 2/3 telah digunakan oleh ibunya) akan tetapi...ibunya pula memberitahu pada umum bahawa..anak perempuannya tidak pernah bagi nafkah apabila sudah bekerja... kerana sentiasa ingin menunjukkan kesusahan dan simpati dari orang lain.  setelah hampir 15 tahun...anak perempuannya ditegur oleh kakaknya..dan kakaknya beritahu...ibu selalu ckp...dia x pernah dpt nafkah dr adiknya..ibu juga sering beritahu sanak saudara.....yg adiknya itu dah bekerja tapi tidak pernah memberikan duit nafkah..semua ini kerana ingin mendapatkan simpati atas dan tidak mahu orang tahu dirinya berduit.

persoalan yang ingin ditujukan...ibunya meminta simpanan sepertiga tersebut dr anak perempuannya itu...tetapi anak perempuannya sudah mengetahui kisah sebenar dan tidak mahu memberikan simpanan sepertiga tersebut.  boleh jelaskan hukum tersebut? adakah anak perempuan itu berdosa kerana tidak mahu memberikan duit tersebut kerana lafaz yang dicanangkan oleh ibunya...maka, mmg tiada lah bahagian tersebut menurut anak perempuan itu... adakah anak itu berdosa tidak mahu memberikan wang itu?? dan apakah hukum seorang ibu berbuat begitu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

1. Secara umumnya, memberi nafkah kepada ibu bapa yang fakir dan tiada pendapatan adalah wajib ke atas anak-anak, sama ada lelaki atau perempuan, jika mereka mampu. Jika ibu bapa ada pendapatan mencukupi, maka nafkah tidak lagi wajib, namun pemberian tetap dianggap sebagai amalan berbuat baik kepada kedua ibu bapa (birr al-wālidayn).

Sekiranya puan memiliki lebihan harta selepas menampung keperluan diri dan tanggungan, maka wajib memberi nafkah kepada ibu jika beliau fakir dan tidak mampu menyara diri. Sebaiknya, nafkah diberi secara berkongsi tanggungjawab antara adik-beradik mengikut kemampuan masing-masing agar tidak membebankan seorang sahaja.

Seorang ibu atau bapa tidak berhak menuntut wang anaknya kecuali jika benar-benar memerlukan, dan anak tidak berdosa jika tidak memenuhi permintaan tersebut selagi ibubapa masih mampu menyara dirinya sendiri.

2. Perbuatan ibu puan perlu dilihat dari niat dan tujuannya. Jika beliau hanya meluahkan masalah untuk mencari jalan penyelesaian, maka ia tidak berdosa. Namun, jika tujuannya adalah untuk membuka aib dan menyebarkannya kepada orang lain, maka itu adalah perbuatan berdosa kerana segala perbuatan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Namun niat yang betul juga perlu disusuli dengan tindakan yang baik dan tidak menimbulkan salah sangka. Sebaiknya, puan berbincang secara hikmah dengan ibu agar masalah tidak berlarutan dan hubungan kekeluargaan kekal harmoni.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image